Tuesday, December 1, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BPM BATU GAJAH



Encik Ahmad Shakir dan Penyelia kanan KEMAS Encik Ahmad Rofaie hadir dimajlis serta sebahagian barangan hasil peserta yang dipamirkan.

Selasa, 01hb Disember, 2009. Didewan Orang Ramai Kampung Piandang Siputeh, Tronoh.
Majlis yang bermula jam 3 petang begitu meriah telah di rasmikan oleh En. Ahmad Shakir bin Jamaluddin sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Piandang Siputeh turut hadir Penyelia Kanan Parlimen KEMAS En. Ahmad Rofaie bin Zahidin, majlis selain itu itu turut dihadiri olrh penyelai-penyelia jurusan lain termasuk Pn Hamsiah Adnan Penyelia Prasekolah, Pn. Normarsarah Che In (penyelia PKK), Ustaz Mior Azrai ( penyelia Bina Insan), En Ahmad Sofian bin Yahya (Penyelia Perhubungan), Semua Pemaju Masyarakat dan peserta-peserta Kelas PK dan PKK . Majlis tersebut dipengerusikan oleh Pn Murni Afiza Ahmad.

Dalam teks ucapan En. Ahmad Shakir amat berbangga dengan pencapaian peserta-peserta yang telah menunjukan penghasilan Produk yang berkualiti tinggi sebagaimana hasil mereka yang juga turut di pamerkan di majlis tersebut, menyentuh perihal bidang jahitan serta masakan bukan lagi didominasi oleh kaum wanita sahaja malah kaum lelaki juga kini makin ramai yang menceburi bidang tersebut menandakan bidang ini sebenarnya semakin meluas mendapat sambutan yang amat baik. beliau juga berpendapat mungkin suatu hari nanti krusus-krusus seperti ini akan diikuti oleh kaum lelaki pula.


Di majlis tersebut turut diadakan beberapa pertandingan seperti Pertandingan masakan menu Nasi Lemak, Pertandingan Cucur Udang dan Pertandingan Jahitan Manik. selain itu demontrasi masakan turut diadakan. Cik Khatijah Ahmad selaku tenaga pengajar telah mendemonstrasi bagaimana menyediakan Masakan Nasi Daging. Majlis yang mendapat penyertaan begitu menggalakkan bila hadiran yang hadir di luar jangkaan diharap mendapat sambutan akan datang dalam penyertaan di sessi baru yang akan datang. Pihak Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada penduduk Kg Piandang dengan kerjasama bagi menjayakan Majlis tersebut dengan jayanya. Pihak KEMAS berharap Penyampaian Sijil kepada peserta sebagai penghargaan terhadap kemahiran peserta dan tahap pencapaian bolehlah dijadikan modal ke arah memperkembangkan kearah perniagaan maupun menambah pendapatan keluarga.

0 Comments:

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jabatan Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Portal Kerajaan Malaysia

KEMAS JHEOA INFRA Majlis Amanah Rakyat RISDA FELCRA KEDA KEJORA KETENGAH KESEDAR

myGOV

MSC

e-KL

MAMPU

JKJR

SME Info

Portal Anakku Sayang

PEMUDAH

Institut Intergrasi Malaysia

  © kemas batu gajah Hak Cipta Terpelihara 2009/2010

Back to TOP