Saturday, December 5, 2009










Riuh jerit pekik malah hilai gelak ketawa memenuhi ruangan dewan besar UMNO Bahagian Batu Gajah hari ini bila hampir lebih seratus orang yang menyertai Program Berhatan Beramai-ramai Anjuran Umno Bahagian Batu Gajah, Persediaan yang hampir seminggu untuk Majlis tersebut setiap hari hingga jauh larut malam akhirnya memberikan tanggal 5hb disember (sabtu) pastinya menjadi tarikh kepada semua peserta yang terlibat pastinya tdak akan dapat dilupakan, mana tidaknya tanggal keramat ini pastinya terus dikenang bila mereka dewasa.

Seawal 7.30 pagi meja pendaftaran dipenuhi oleh ibu bapa yang mula mendaftar, Pihak Kemas Batu Gajah merasakan Program Hasil idea dari Dato' Yussof Kassim selaku Ketua UMNO Bahgian Batu Gajah amat berjaya sekali serta secara otomatik rakyat dapat mendampingi pemimpin. Sempat bertanya dengan hadiran serta ibu bapa yang hadir semuanya merasakan Program ini diharap dapat dijadikan salah satu acara di kelendar UMNO Batu Gajah ataupun acara tahunan, malah pihak KEMAS negeri Perak mengucapkan Syabas serta Tahniah kepada Dato' Ketua bila Tn Haji Zairun bin Yang Rezali selaku Timbalan Pengarah Kemas Negeri begitu gembira Program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakan. Kaum Ibu Bapa sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos selain kedatangan penggal baru persekolahan yang tentunya memerlukan perbelanjaan serta gembira bila anak-anak mereka hilang perasaan takut atau gementar apabila berkhatan beramai-ramai.

Dato' Ketua sendiri memulakan dengan memberi taklimat serta berterima kasih kepada lebih 50Tok Mudim dan pembantu yang datang dari berbagai kakitangan Hospital Daerah dari Negeri Perak. Apatah lagi bila terpampang tanda dikatil-katil tempat berkhatan seperti Batu Gajah, Teluk Intan, Setiawan, Taiping dan lain-lain daerah lagi tentunya memperlihatkan kerjasama Kementerian yang cukup baik. Sebaik taklimat selesai Dato' Yussof sendiri memulakan mandi beramai-ramai didepan bangunan UMNO Bahagian dengan memancut air dari jentera Bomba kepada semua anak-anak yang begitu riuh gembira dan lupa seketika kisah berkhatan, terdegar juga saah seorang bapa dari peserta yang berkata 'kalau di pelawa ni.... mau juga nak join sekali'
Seperti yang djangka dalam perancangan, sekitar jam 4.20 petang semua anak-anak selesai dikhatankan. Kesemua 15 buah katil yang secara seretak tempat berkhatan dilihat kosong dan lengang. Pihak KEMAS percaya Program sebegini tentunya memberi menafaat yang baik, mengeratkan salitulrahim sesama sendiri, Pemimpin yang memahami rakyat dan serta Pemimpin Berjiwa Rakyat. Taniah sekali lagi Buat Dato' Ketua serta Barisan UMNO Bahagian Batu Gajah.

Mungkin ada yang tidak sedar bila beberapa anak-anak yang berkhatan diangkat oleh Dato' sendiri kedalam bilik khatan menunggu sehingga selesai semasa kesibukan majlis tersebut. Penulis sendiri melihat ada juga peserta-peserta yang tidak (kurang kemampuan) mempunyai kenderaan apabila datang dengan menumpang tetapi pulang dengan Kenderaan Dato' Ketua sendiri... terlihat senyum panjang wajah anak-anak tersebut sebaik masuk kedalam kenderaan Dato' sendiri sambil melambai-lambai kepada penulis

0 Comments:

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jabatan Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Portal Kerajaan Malaysia

KEMAS JHEOA INFRA Majlis Amanah Rakyat RISDA FELCRA KEDA KEJORA KETENGAH KESEDAR

myGOV

MSC

e-KL

MAMPU

JKJR

SME Info

Portal Anakku Sayang

PEMUDAH

Institut Intergrasi Malaysia

  © kemas batu gajah Hak Cipta Terpelihara 2009/2010

Back to TOP