
Sempena cuti sekolah penggal akhir sehingga ke tahun baru, seperti maklum musim cuti sekolah tentunya ibu bapa akan mengambil kesempatan bagi mengadakan pelbagai Aktiviti-aktiviti maupun Program. Selain kenduri kahwin, berkhatan juga selalunya yang mengisi sepanjang cuti sekolah
Di kampung Kuala Pari Hilir seramai 5 orang anak penduduk kampung yang berusia dari 8 hingg 12 tahun akan menyertai Khatan Beramai-ramai yang dianjurkan oleh UMNO bahagian Batu Gajah. Majlis dijangka diadakan pada 5hb disember 2009. bertempat di UMNO bahagian Batu Gajah.
Dato’ Yusoff Kassim selaku penaung merangkap Ketua UMNO Batu Gajah juga turut menyumbang kan lembu untuk ditumbangkan bagi jamuan untuk hadiran terutama Ibu Bapa serta keluarga yang turut hadir. Penyetaan juga nampaknya mendapat respon yang amat baik apabila setakat ini hampir 106 penyertaan telah diterima dan dijangka angka penyertaan mungkin akan bertambah.
Apapun Pihak kampung Kuala Pari hilir merakamkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Dato’ Yussoff Kassim yang menjadikan program Khatan beramai sebagai aktiviti cuti sekolah kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk kampung yang mahu mengkhatankan anak-anak mereka
artikal dari http://kualaparihilir.blogspot.com/
Pihak Kemas mengalu-alukan serta mengucap tahniah dengan Program UMNO Bahagian Batu Gajah juga dinaung Yang berbahagia Dato Ketua sebagai Program Berkhatan Beramai-Ramai sebagai aktiviti Cuti Musm Sekolah yang begitu mendapat sambutan ramai... Alhamdulillah...