Majlis bertambah berseri apabila Pengarah Kemas Negeri Perak Tn Haji Amiruddin Bin Ariffin AMP,SDK, BCK,BKM yang turut hadir bagi menyampaikan sijil kepada semua kanak-kanak yang terlibat. Menyentuh ucapan beliau, pengarah memuji dengan disiplin kanak-kanak kerana inilah kali pertama beliau melihat dewan begitu senyap bila beliau sedang berucap, lazimnya keadaan riuh kanak-kanak bila setiap kali bila menghadiri majlis Graduasi di Parlimen-Parlimen yang lain. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kemas Batu Gajah terutama penyelia Pra-Sekolah Puan Hamsiah Binti Adnan kerana dapat menjayakan Majlis dengan Begitu Baik dan teratur.
Majlis berakhir kira-kira jam 6 petang turut dihadiri En Hussin Bin Sidek ( Pegawai Kemas Daerah Kinta), En Ahmad Rofaie Zahidin (PKP), Penyelia-penyelia semua Jurusan dan semua Pemaju-pemaju Masyarakat.
0 Comments:
Post a Comment