Thursday, November 26, 2009

RUMAH PBR (PROGRAM BANTUAN RUMAH) KEPADA FAKIR MISKIN


ALHAMDULILLAH… sebanyak 4 buah rumah di pohon Kampung Kuala Pari Hilir untuk Program Bantuan Rumah telah pun diluluskan. Permohonan fasa awal atau pertama yang diselia oleh KEMAS dan Peruntukan dari Felcra . 4 orang peserta yang sebenarnya penduduk asal Kampung Kuala Pari Hilir juga merupakan antara penduduk kurang kemampuan untuk membina rumah sendiri telahpun diterima kerana memenuhi syarat yang diperlukan

Bagi Pihak kampung mengucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), FELCRA KINTA, Dato’ Yusof Kassim, Kemas, Ketua Kampung serta JKKK dan Agensi-agensi serta lain-lain sehingga berjayanya diadakan atau dibina. Walau bagaimanapun masih ada lagi 2 penyertaan yang masih lagi belum ada maklum balas dari Kerajaan. Ssetakat ini keempat-empat peserta berikut adalah

  1. Nor Sabariah binti Mohd Yusof
  2. Rohayu binti Abdul Rani
  3. Abdul Manan bin Idrus
  4. Robiah biti Abdul Manap

Walaubagaimana pun sehingga kini rumah-rumah peserta-peserta telah pun hampir 95 peratus telah disiapkan hanya menunggu kemasukan Air dan elektrik kerumah-rumah tersebut. Kerja kecil atau kerja-kerja kemasan kini sedang dijalankan dan pihak JKKK berharap rumah dapat diduduki sebelum tahun baru.

Untuk permohonan baru kini tidak lagi diseliakan oleh pihak KEMAS dan Felcra, maka jika ada permohonan baru selayaknya terus mengajukan kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah atau penghulu kerana dari segi perhatian dan kelulusan permohonan akan melalui FOCUS GROUP yang ditubuhkan oleh pihak Majlis Daerah Kinta . FOKUS GROUP tersebut di wujudkan dari semua jabatan bagi menjadi komiti yang bertindak menyiasat dan meluluskan permohonan bantuan termasuk PBR dan e-kasih.

kphkampungboy at http://kuala pari hilirblogspot.com/

0 Comments:

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jabatan Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Portal Kerajaan Malaysia

KEMAS JHEOA INFRA Majlis Amanah Rakyat RISDA FELCRA KEDA KEJORA KETENGAH KESEDAR

myGOV

MSC

e-KL

MAMPU

JKJR

SME Info

Portal Anakku Sayang

PEMUDAH

Institut Intergrasi Malaysia

  © kemas batu gajah Hak Cipta Terpelihara 2009/2010

Back to TOP